Monday, February 9, 2009

Jalan2 ke Zoo Taiping

Dah lama tak meng'update' blog ni... bkan apa... skrg ni bz sgt2 mana ngan M-Plan, Costing, Project & ada gak makhluk Allah sentiasa mengacau. Sempena cuti panjang pada raya cina aritu aku & suami bercadang bawak anak2 berjalan tengok binatang2. maklumlah selama ni dok tgk dlm tv, magazine & newspaper je... lum tgk live lagi... Tapi yang paling excited sekali sememangnya anak aku yang sulung, emir & yang nombor 2 tu, zidane. Juai lum tau ape2 lagi tp nampak syok tuh... Masuk2 jer cakap kat papa malas nak jalan... tak larat nanti sbb zoo ni besar gak.. so, decide naik tren je, ramai gak masa tu, pelbagai bangsa ada, melayu ada, india ada, chinese yg sambut Gong Xi Fa Chai pun ramai gak. Tak kalah jugak ada yg Indon, Bangla, Nepal, Vietnam & pelbagai bangsa lah! .ni dia gambar2 yg sempat shot masa kat zoo.

Masa naik tren ni terpisah gerabak ngan papa, emir & Ju'ai... Diorg gerabak depan... Zidane duduk ngan aku so, puas lah die bercerita masa kat atas tren tu pasal ecipen yg dia tengok tu.
Ni gerabak depan, tak nampak pun papa, emir & Jua'i... yg nampak cuma gambar ecipen hehehe...




Abang Emir tetap tak mau berpisah ngan pop corn dia tuh!





Ee.. ee.. ee.. ecipen! Lagu emir & zidane... "
Gajah hidung panjang... Badan besar itam... Kaki macam tiang... Dua telinga lebar.... Telinga macam kipas... Jalan bongkok2, Gajah tidak payah... Susah tolak pokok!!!!!"




Zirafah ni malu menyorok belakang pokok... Masa kat dalam tren tu emir ternampak harimau... yg kelakarnya dia pi cakap kat papa dia "papa zebra papa!" kuat pulak tu... Kat tempat duduk depan tu pulak ada sorg makcik tu dia cakap kat anak dia "haa tulah tiger..." har har har buat malu betul lah emir ni... Rasanya makcik tu saje nak tunjuk eksyen tuh!

1 comment:

Ray said...

WEH! BILA NAK HAPDET BLOG?????????