Monday, October 19, 2009

Saat2 menanti Azan...

Inilah saat yang ditunggu2. setelah 9 bulan aku kandungkan dia tibalah masa untuk baby Azan menjengah dunia. Start ambil cuti maternity awal seminggu dr tarikh dijangka lahir. 17hb Ogos 2009 dah start cuti nak balik Segamat, yerlah takut terberanak plak kat Penang... dah lah dlm pantang takde org jaga kat sini. Since anak sulong lagi kalau nak bersalin mmg balik Segamat. Kiranya mmg mak edenlah yg jaga eden 4 kali aku beranak. Sayang Mak!
22hb Ogos 2009 tarikh yang sepatutnya expected date, tapi azan tak jugak kuar2 lagi tp aku tau anak2 aku lahir mmg lewat dr tarikh EDD.
24hb Ogos 2009, tghr aku dah turun tanda (darah) tapi aku tak rasa sakit. aku rilek lagi tp hubby aku yg menggelabah. aku rasa belum lg time dia kot. bukan ape aku malas nak pi hosp awal2 lg beranaknye tidak tp kene godeh ngan doktor or nurse kat spital tu eeeee seramnyer...
26hb Ogos 2009, start pukul 3 pagi aku dah sakit2 pinggang dah... tak tertahan kul 4 pagi aku soh hubby aku sahur siap2 sbb aku rasa mmg timenyer baby Azan nak kuar dah ni. tepat 8.08pagi aku pun selamat melahirkan sorg lagi baby lelaki. jadilah anak2 aku 4 org boys! Alhamdulillah... aku redha & syukur atas ape yg Allah kurniakan pada aku... Semoga semua anak2 aku menjadi anak yg soleh & cemerlang didunia & diakhirat Amin....