Monday, February 9, 2009

kat Taman Tasik Taiping...

From Taiping With Love......

Teringat plak kartun tu dalam Gila-gila zaman remaja dulu...Lepas balik dr zoo lalu kat kaw taman tasik Taiping... teringin plak nak naik sampan aka feri dia yg ala-ala.. tu... merasalah amik angin tasik taiping tu..


Takut dia tengok tasik tu...


Sengihan yang membawa seribu satu makna... sebelum tu dia dah kecek topeng atomen.. tp tak dapat kih kih kih... sorry mir! bukan mama takmo beli... tp dah byk sangat toyslah sayang!
Tetap nak berkepit ngan mama... dia tengok adik dia dah melekat kat papa... nilah peluang dia....
Anak papa yang manjuer!
eh.. eh... angsa gergasilah...
Anyway, terpancar wajah2 keriangan pada muka budak2 ni... anak suka mama & papa pun happy! walaupun tak dapat balik kampung huhuhu!

Jalan2 ke Zoo Taiping

Dah lama tak meng'update' blog ni... bkan apa... skrg ni bz sgt2 mana ngan M-Plan, Costing, Project & ada gak makhluk Allah sentiasa mengacau. Sempena cuti panjang pada raya cina aritu aku & suami bercadang bawak anak2 berjalan tengok binatang2. maklumlah selama ni dok tgk dlm tv, magazine & newspaper je... lum tgk live lagi... Tapi yang paling excited sekali sememangnya anak aku yang sulung, emir & yang nombor 2 tu, zidane. Juai lum tau ape2 lagi tp nampak syok tuh... Masuk2 jer cakap kat papa malas nak jalan... tak larat nanti sbb zoo ni besar gak.. so, decide naik tren je, ramai gak masa tu, pelbagai bangsa ada, melayu ada, india ada, chinese yg sambut Gong Xi Fa Chai pun ramai gak. Tak kalah jugak ada yg Indon, Bangla, Nepal, Vietnam & pelbagai bangsa lah! .ni dia gambar2 yg sempat shot masa kat zoo.

Masa naik tren ni terpisah gerabak ngan papa, emir & Ju'ai... Diorg gerabak depan... Zidane duduk ngan aku so, puas lah die bercerita masa kat atas tren tu pasal ecipen yg dia tengok tu.
Ni gerabak depan, tak nampak pun papa, emir & Jua'i... yg nampak cuma gambar ecipen hehehe...




Abang Emir tetap tak mau berpisah ngan pop corn dia tuh!





Ee.. ee.. ee.. ecipen! Lagu emir & zidane... "
Gajah hidung panjang... Badan besar itam... Kaki macam tiang... Dua telinga lebar.... Telinga macam kipas... Jalan bongkok2, Gajah tidak payah... Susah tolak pokok!!!!!"




Zirafah ni malu menyorok belakang pokok... Masa kat dalam tren tu emir ternampak harimau... yg kelakarnya dia pi cakap kat papa dia "papa zebra papa!" kuat pulak tu... Kat tempat duduk depan tu pulak ada sorg makcik tu dia cakap kat anak dia "haa tulah tiger..." har har har buat malu betul lah emir ni... Rasanya makcik tu saje nak tunjuk eksyen tuh!